Kelebihan Istighfar

Istighfar.

Selalu kita dengar, kisah penjual roti yang dimakbulkan permintaannya untuk bertemu dengan Imam Ahmad bin Hanbal. Apabila diselidiki, ternyata impiannya tertunai kerana amalan istighfar yang tidak pernah ditinggalkannya. Tuhan mengatur pertemuan itu dengan begitu indah dan memberi inspirasi kepada kita semua.



Saya sendiri turut merasakan kesan daripada amalan istighfar ini. Ya, rezeki dan bantuan Tuhan datang melalui cara yang tidak disangka-sangka. Ketika baru habis belajar dulu, saya sertai program SL1M untuk menambahkan kemahiran sementara mencari pekerjaan tetap. Tak sangka saya terpilih untuk menjalani on-the-job training di sebuah agensi kerajaan. 6 bulan saya di situ. Sebelum tamat latihan, bos jumpa kami (pelatih SL1M) dan memberitahu bahawa ada kekosongan jawatan. Saya apply. Hadiri temuduga dengan calon-calon lain. Dan, tak sangka saya dapat jawatan tu. Kini berstatus pekerja tetap, alhamdulillah.

Semakin saya yakin dengan kuasa istighfar. Terkadang, urusan kerja ni ada macam-macam jenis dugaan. Tapi, Tuhan selalu pertemukan saya dengan orang yang dapat membantu selesaikan masalah yang timbul. Terkadang dah tak tahu macamana nak buat. Tapi akhirnya pasti ada jalan keluar. Macam magic.

Saya sedar, Tuhan sentiasa memakbulkan pemintaan hambaNya asalkan kita berusaha dan sabar.

Dulu teringin sangat nak ada kereta kompak macam Myvi. Alhamdulillah sekarang dah beli Axia. Lagi murah, syukur..alhamdulillah =)

Dulu hanya berkesempatan dua tiga kali naik flight dalam hidup, tapi sekarang hampir setiap bulan naik kapal terbang. Walaupun atas urusan kerja, itu juga antara nikmat terindah bagi saya walaupun nampak biasa saja bagi kebanyakan orang.

 =P


Marilah kita lazimi istighfar. Sebagai hamba, memang banyak dosa dan noda. Istighfar memberi ketenangan pada jiwa. Dan, memberi jalan keluar yang tidak disangka-sangka.



Comments

Popular Posts