PASUM

Dalam post kali ni saya nak bercerita tentang pengalaman di PASUM atau nama penuhnya Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. PASUM memang merupakan pilihan pertama saya ketika mengisi borang online UPU. Saya memohon kursus Sains Hayat. Alhamdulillah keputusan diumumkan dan saya terpilih sebagai salah seorang pelajar di sana bagi sesi 2011-2012.(Sewaktu sesi ini, pelajar yang memohon tempat di PASUM tidak perlu menjalani temuduga.)

Persiapan dilakukan dengan penuh bersemangat. Hmm...dapat bergelar pelajar PASUM kan, alhamdulillah. Saya jalani medical check up di sebuah klinik di Saujana Impian .Blood test pula dilakukan di BP Lab Kajang. Saya memilih untuk menjalani pemeriksaan ini di pusat kesihatan swasta kerana lebih mudah dan cepat.

Setelah berbulan-bulan bercuti setelah tamat SPM,tibalah saat yang dinanti. Kalau tak silap saya tanggal 28 Mei 2011 saya mendaftarkan diri di UM. Semua pelajar PASUM ditempatkan di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12). 

Image result for kolej kediaman raja dr nazrin shah um
Gambar : http://www.hepa.um.edu.my/

Seminggu pertama di PASUM kami menjalani Minggu Haluansiswa (MHS) yang dibimbing oleh para PP(Pembantu Pelajar) yang sangat berkaliber. Mereka turut membantu urusan pendaftaran akademik kami. Ada yang mengalami masalah kerana borang tidak difotostat awal2 atau mungkin tidak dibawa ke bilik pendaftaran. Kami juga menduduki Ujian Bahasa Inggeris untuk menentukan kedudukan kelas tutorial kami.

Semasa MHS, kami dibimbing untuk melakukan pelbagai sorakan dan tarian. Yang paling legend ialah tarian Xi Shua Shua. Kalau tak silap, tarian ini diwarisi dari satu batch ke batch yang lain. Cuma yang agak mencabar ketika minggu orientasi ini ialah kami perlu sentiasa cepat dan tangkas.Makan kena cepat-cepat. Kalau lambat sampai ke tempat berkumpul,mungkin didenda! Kami mendengar pelbagai taklimat akademik di Dewan Tuanku Canselor(DTC). Di dewan inilah majlis konvokesyen UM dilangsungkan. Dan....di sini jugalah kami telah dikenakan oleh Bang Bang Boom TV3! Diberitakan bahawa seorang pelajar terpaksa pulang ke kampung halaman kerana mengalami kesempitan wang. Beliau terpaksa pulang untuk membantu ibunya di rumah kalau tak silap.Tapi itu semua dusta semata....

Dua minggu pertama; kelas tidak padat sangat. Masuk minggu seterusnya, jadual kami mula dipenuhi dengan amali dan tutorial. Saya ingat lagi hampir setiap pagi rutin bermula dengan solat subuh,kemudian sarapan dengan roti atau biskut yang ada, dan air milo kotak. Setelah itu saya berjalan kaki ke dewan kuliah atau kelas tutorial. Pukul 1 petang adalah waktu rehat untuk solat zuhur dan makan. Saya akan berjalan cepat-cepat (ini memang cepat betul..haha) pulang ke kolej untuk beli makanan di cafe dan naik ke bilik di tingkat 9 untuk solat zuhur. Sebelum pukul 2 saya bergerak balik ke bangunan PASUM. Agak penat di situ. Hari Isnin petang ada lab Fizik, Selasa (kuliah),Rabu(lab Biologi) dan Khamis (lab Kimia). Amali akan menjadi mudah dengan kerjasama rakan sekelas.

auditorium
Auditorium PASUM
Gambar : http://asasi.um.edu.my/facilities/facilities

Selang beberapa minggu sekali akan ada ujian bagi subjek Matematik dan Fizik. Tutorial Kimia sangat penting untuk disiapkan dengan betul kerana markah akan diambil. Ada juga tutor yang mengadakan ujian untuk Kimia. Subjek Biologi pula, ujian diadakan setiap minggu. Setiap sem ada mid sem dan final. Mid sem soalannya objektif sahaja. Saya juga masih ingat lagi semasa peperiksaan saya akan turun pagi-pagi di depan kolej untuk menunggu teksi. Boleh sahaja kalau hendak berjalan kaki ke Bangunan Peperiksaan tu, tapi saya rasa lebih jimat masa kalau naik teksi. Cepat sampai dan boleh teruskan ulangkaji kilat. ehehe.

Petang pukul 5 lepas habis kelas, tempat utama yang akan saya tuju adalah ke kafe. Beli bungkus atau makan saje kat kafe. Oh ya pasal harga tidak perlu risau kerana harganya berpatutan. Tambahan lagi, setiap sem pelajar diberi elaun RM1250 oleh kerajaan. Ada gerai mamak, gerai makan Barat, Kelantan , dan Melayu. Selepas makan malam, mandi, solat...bermulalah perjuangan untuk menyiapkan tutorial, report amali. Saya kerap ke bilik kawan untuk siapkan tugasan-tugasan tu.

Secara umumnya, pelajar yang bersungguh-sungguh dan berdedikasi di PASUM ni pasti berjaya. 4 rata pasti dalam genggaman insyaAllah. Roomate saya contohnya. Sekarang pelajar perubatan UM. Masing-masing membawa haluan sendiri selepas setahun di PASUM. Ada yang ke luar negara, ada yang kekal di UM, ada yang ke universiti lain,macam saya. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk sesiapa yang berminat ke PASUM =)

Comments

Popular Posts